EXPOSE TENTANG MECCA FUND PENIPUAN SONTOT MLM
1. Beberapa pembaca telah bertanya saya tentang Mecca Fund. Berikut adalah komen saya tentang scam, oh sorry, skim ini.
2. Dimanakah prospectus ‘dana’ ini? Dokumen ini penting untuk kita membuat penilaian tentang dana ini. Tanpa dokumen ini, kita mengharapkan cerita (dongeng?) daripada ‘pengurus’ dana semata. Bagaimana kita boleh memastikan yang semua yang dicerita oleh ‘pengurus’ dana itu adalah tepat dan betul?
3. Siapakah pengurus dana ini? Apakah kelayakkan mereka? Berapa lamakah pengalaman mereka mengurus dana?
4. Siapakah auditor dan trustee dana ini? Siapakah yang memantau pengurusan dana ini?
5. Apakah dana ini telah mendapat kebenaran daripada SC untuk mengutip wang daripada pelabur Malaysia? Daripada kajian saya, dana ini tidak mempunyai kebenaran SC. Ini bermakna yang PENGURUS DANA TELAH MENYALAHI UNDANG2 MALAYSIA.
6. Mecca Fund juga membayar komisen untuk mereka yang sponsor ‘pelabur’ baru. Ini adalah konsep Jualan langsung (Direct Selling). Semua syarikat yang mahu mempraktikkan konsep ini memerlukan lesen Jualan langsung. Dan daripada kajian saya, dana ini tidak mempunyai lesen ini. Ini bermakna yang PENGURUS DANA TELAH MENYALAHI UNDANG2 MALAYSIA buat kali kedua.
7. Nama Mecca Fund juga tertera dalam watchlist BNM sejak 4/4/14. Fakta ini saja sebenarnya lebih daripada cukup untuk kita melarikan diri sejauh mungkin darinya!
8. Seperti yang boleh kita semua lihat, poin 2 hingga 7 tidak ada mempunyai jawapan yang bagus. Ini bermakna ‘pengurus’ dana boleh melakukan apa saja dengan semua wang yang dikutipnya: beli Bentley, nikah satu lagi, pergi berjudi, berpoya-poya, dll. Yang tragiknya, tak ada apa pun yang boleh dilakukan oleh sipelabur walaupun semua salahlaku itu dilakukan oleh ‘pengurus’ dana. Malah dia tak tahu pun yang wangnya sedang disalah gunakan oleh ‘pengurus’ dana.
9. Worse, skim ini boleh ditutup pada bila2 masa saja dan tak ada apa pun yang boleh dilakukan oleh sipelabur – kecuali menangis!
10. Pulangan yang dijanjikan oleh Mecca Fund adalah 15%-30% sebulan, yang bermakna 180%-360% setahun! Pelabur-pelabur world class seperti Warren Buffett dan George Soros pun ‘hanya' memberi pulangan 22-34% setahun! Adakah masuk akal orang yang tidak pernah dikenali dapat memberikan pulangan yang sebegitu tinggi? Kalau betul pula, sudah tentu semua media di dunia termasuk CNN, Fortune dan Forbes akan memberi liputan yang menyeluruh kepada syarikat tersebut. Kenapa tak ada? Takkanlah media dunia (yang tahu semua pelaburan lain) begitu buta dan tidak pernah mendengar pulangan yang sebegitu hebat?
11. Adakah masuk akal yang pelaburan yang baru dibuat satu bulan sudah boleh mendapat pulangan 30% bulan berikutnya? Semua pelaburan, termasuk yang paling untung sekalipun, memerlukan masa. Jadi kalau syarikat sendiri tidak dapat hasil pulangan, bagaimana ia hendak bayar orang lain? Dari mana datangnya wang tersebut? Jawapannya dari poin 12 di bawah.
12. ‘Pelabur’ sekarang mendapat pulangannya kerana wang itu datang daripada pelaburan orang-orang yang baru masuk dalam skim tersebut. The money is being recycled. Just as their ‘investment' is being used to pay others before them. Situasi ini mungkin akan bertahan satu, dua atau tiga tahun, tetapi apa yang pasti ialah ianya akan berkubur juga apabila tiada ‘pelabur' baru dan/atau (whichever comes first) apabila ianya diserbu oleh Bank Negara. Apabila ini berlaku, ‘pelabur2’ akan kehilangan semua wang mereka.
13. Jika ada orang mendapat pendapatan/pulangan ratusan ribu tiap-tiap bulan daripada skim itu ialah kerana wang itu datang dari poket orang lain (poin 12). Lagipun ini bukan bukti ‘pelaburan’ itu sah. Untuk pengetahuan puan, ramai juga orang yang mendapat pendapatan/pulangan ratusan ribu ringgit tiap-tiap bulan daripada skim Pak Man Telo, Genneva, Swisscash dan Pegasus Bullion dulu!
14. Conclusionnya? Pengurusnya menjual nama Mekah/Haji/Umrah untuk menarik minat dan wang pelabur Islam di Malaysia, terutamanya mereka yang kurang ilmu tentang wang dan pelaburan. MECCA FUND IS A SCAM. Jadi jika anda tak sabar2 untuk menanggung kerugian, you know what to do!
15. Seperti biasa, penyokong Mecca Fund tidak akan menjawab 14 poin di atas. Mereka akan pusing cerita dan ‘menyerang’ saya. Jadi untuk menyelamatkan masa dan tenaga mereka, saya telah menyediakan jawapan/komen untuk mereka! Apa yang mereka perlu lakukan ialah untuk memilih salah satu komen berikut:
(a) Azizi Ali tak faham situasi sebenar sebab dia bukan pelabur Mecca Fund
(b) Azizi Ali tersilap sebab kami mendapat bayaran dividennya tanpa gagal sudah 10 bulan
(c) Azizi Ali tak mahu bangsanya maju and therefore PHD
(d) Azizi Ali takut orang lain jadi jutawan
(e) Azizi Ali betul tapi saya tak mahu mengaku sebab wang saya sudah banyak sangkut dalam Mecca Fund