GWGFX SUATU PENIPUAN ??
Admin petik dari blog http://moshedfx.com/apa-ulasan-moshedfx-tentang-gwgfx/ sebab cara penulisan dia sangat berkesan dan mudah. Bak kata CEO Google kat Admin If U cant explain the solution to the kids then u dont fully understand the problem
Sebelum ini saya ada ceritakan tentang perbezaan Real Forex Trading dan Skim Pelaburan yang berlindung di bawah nama forex? Dari artikel berkenaan, ramai yang melibatkan diri dengan GWGFX melenting dan memberi tohmahan dan kutukan kepada saya dengan amat biadab. Dari artikel yang saya tulis sebelum ini, saya tidak hanya memaksudkan GWGFX tetapi maksud saya adalah secara umum kerana jika anda tahu banyak lagi Skim2 lain yang berlindung di bawah nama BROKER FOREX, tetapi dari komen yang anda lihat dibawah, terdapat orang yang memang berasa pedasya. Siapa makan cili, dia berasa pedas. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk memberikan sedikit ulasan yang beretika atas program yang mereka ikut sekaligus membersihkan nama saya dari hujahan. Walau bagaimanapun saya amat hormati kepada yang bersifat professional, dunia perlukan ramai orang macam anda. Saya menulis adalah berdasarkan pengalaman saya dalam bidang forex sejak dari tahun 2006.
Saya tidak salahkan mereka, kerana mereka mungkin tidak tahu, tetapi percaya tanpa selidik dan komen yang melampaui batas di facebook adalah tidak wajar. Sedutan dan screenshot yang dihantar oleh rakan saya, dari dalam Group Facebook. Oleh sebab komen itu seperti meminta saya mengulas tentang GWGFX, jadi saya pun sudi untuk mengulas dan menyampaikan, terima kasih kepada saudara yang komen sebegitu rupa.

ASAL USUL DI MANA ?
Pertama kali mari kita mempersoalkan asal usul serta kesahihan Skim tersebut, berdasarkan alamatnya. Saya tidak sebut ‘broker’, saya sebut skim, kerana bagi saya broker adalah badan pembrokeran yang sah dan berdaftar dengan mana-mana negara yang menyediakan lesen operasi dalam bidang kewangan seperti FCA UK dan NFA USA, jika tidak ia bukan forex broker.
Alamat :
Global Wave Gold Corporation
Suite 305, Griffith Corporate Center,
PO Box 1510, Beachmont,
Kingstown, St. Vincent & Grenadines

Tanda merah pada Gambar Google Map di atas adalah St Vincent and the Grenadines.
Kepada yang tertipu yang mengatakan St Vincent & Grenadines adalah terletak di USA, lakukan kaji selidik dahulu. Kadang-kadang saya kasihan kepada pelabur yang sangat tinggi semangat melaburnya, sanggup mengambil Loan dari Bank untuk Invest di sini berpuluh ribu, beratus ribu, tetapi tidak melakukan Due Delligence di mana tempatnya, hanya mendengar kata upline yang juga tidak tahu di mana St Vincent. Ia bukan terletak di United States, Amerika. Ia tidak tertakluk pun di bawah Kuasa dan Authority USA.Ia adalah pulau kecil di sekitar Trinidad Tobago, Puerto Rico, Barbados. Pulau-pulau beini dipanggil pulau-pulau offshore yang digunakan oleh banyak Moneygame program berdaftar di sekitar ini kerana tiada undang-undang atau satu badan negara yang kawal selia program-program merapu. Size pulau ? Size St Vincent hanya sebesar 389 km persegi, lebih kecil dari Pulau Langkawi 478.5 km persegi. Di sini anda nak laburkan duit anda atau pergi bercuti? Untuk pengetahuan anda, laman web betting, perjudian juga sangat banyak berdaftar di pulau-pulau sekitar ini kerana tiada kawal selia daripada kerajaan dan banyak digunakan untuk pengelapan wang haram (money laundering).
ALAMAT SIAPA ?
Ok, mari kita lihat adakah badan kerajaan yang menguruskan pendaftaran di St Vincent, ya ada tetapi walaupun sangat diragui keberkesanannya untuk menjaga duit kita berbanding FCA UK (dari Bank of England) ataupun NFA US (dari USA) tapi mari kita lihat. Ia dipanggil SVGFSA ( Financial Services Authority St Vincent & the Grenadines). Saya dapatkan maklumat dari sana, apakah syarikat yang berdaftar di alamat yang berdaftar oleh GWGFX. Rupanya bukan GWGFX, tetapi syarikat itu adalah WILFRED SERVICES LTD. Apakah servis atau perniagaan yang dilakukan WILFRED ? Ia adalah satu syarikat VIRTUAL OFFICE, iaitu jika anda ingin membuka satu bisnes tetapi tiada alamat, tiada bangunan dan perlukan pendaftaran bagi nampak macam power sikit, anda boleh ambil alamat di sini dan bayar kepada syarikat tersebut parking nama office anda. Oh, mari kita fikir sejenak. Satu Syarikat Besar, ‘BROKER FOREX’ yang handle berjuta-juta trading dan investment tetapi hanya berdaftar dengan ALAMAT VIRTUAL OFFICE ? Adakah anda boleh terima hakikat ini ? Jika ada apa-apa terjadi kepada wang anda, siapa yang nak bertanggungjawab ? Di mana syarikat betul, bangunan betul dan siapa ownernya ?