GARIS PANDUAN MEMBUKA AKAUN CDS DAN TRADING DI BURSA MALAYSIA
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Kali ini saya mengambil keputusan untuk menulis sebuah artikel bagi memudahkan anda mengetahui cara bagaimana untuk membuka akaun CDS di sesebuah syarikat Broker dan dalam contoh ini membuka akaun CDS dan Trading dengan Kenanga Investment Bank Berhad.
Pada saya akaun CDS merupakan akaun yang boleh dibuka oleh setiap individu berumur 18 tahun ke atas. Kosnya cuma RM10.00 sahaja. Inilah yuran yang dikenakan oleh Bursa Malaysia. Pun begitu ada syarikat broker yang menanggung yuran ini bagi pihak anda. Akaun CDS ini boleh digunakan bagi memulakan portfolio pelaburan saham di Bursa Malaysia sekiranya anda ;
Ia boleh digunakan untuk setiap urusniaga yang melibatkan saham di Bursa Malaysia.
Harus diberi perhatian sekiranya anda membuka akaun CDS di Maybank Investment Bank, selalunya mereka akan bukakan akaun CDS Nominees buat anda dan bukannya akaun personal. Ketahuilah yang akaun CDS nominees ini boleh digunakan untuk transaksi jual beli saham di broker tersebut tetapi ia tidak boleh digunakan untuk memohon IPO Awam, IPO di MITI, ESOS dan yang lainnya.
Jadi di sini saya terangkan panduan lengkap untuk membuka akaun CDS ini.

- Mendapat ESOS
- Mendapat Pink Form
- Mendapat Blue Form
- Memohon IPO Awam
- Memohon IPO di MITI
- Memohon Private Placement
Ia boleh digunakan untuk setiap urusniaga yang melibatkan saham di Bursa Malaysia.
Harus diberi perhatian sekiranya anda membuka akaun CDS di Maybank Investment Bank, selalunya mereka akan bukakan akaun CDS Nominees buat anda dan bukannya akaun personal. Ketahuilah yang akaun CDS nominees ini boleh digunakan untuk transaksi jual beli saham di broker tersebut tetapi ia tidak boleh digunakan untuk memohon IPO Awam, IPO di MITI, ESOS dan yang lainnya.
Jadi di sini saya terangkan panduan lengkap untuk membuka akaun CDS ini.
Kad Spesimen Tandatangan - 2 Salinan.
Isikan nama penuh, no kad pengenalan dan turunkan tandatangan. Kad spesimen ini perlu di isi 2 salinan.
Borang CDS
Isikan nama penuh dan alamat sepertimana dalam kad pengenalan. Isikan maklumat berkaitan dan turunkan tandatangan. Oleh sebab ia 3 ply, tandatangan hanya di mukasurat yang pertama dengan sedikit tekanan supaya tandatangan anda kelihatan di mukasurat yang kedua dan ketiga. Gunakan pen hitam atau biru bagi tujuan pengisian borang-borang ini.
Borang 2 - Borang E Dividen.
Isikan nama, no akaun bank yang lengkap, nama bank yang lengkap sepertimana yang terdapat dalam penyata / buku bank, no hp kemudian turunkan tandatangan. Borang E Dividen ini digunakan bagi tujuan mendeposit dividen yang diterima dari saham-saham yang anda pegang terus ke dalam akaun bank anda.
Borang Pengemaskini Butiran Akaun
Isi borang ini sekiranya anda pernah mempunyai akaun CDS sebelum ini dan ada butiran yang ingin anda pinda. Kemudian turunkan tandatangan. Sekiranya tiada sebarang pindaan maka borang ini tidak perlu diisi.
Borang Akaun Trading MS 1 -
Sama seperti borang CDS yang terdahulu pengisian maklumat dalam borang ini adalah lebih kurang sama. Isikan juga alamat emel anda sekiranya anda berminat untuk menjalankan urusniaga melalui online.
|
Isikan maklumat penuh pekerjaan anda, alamat panuh tempat anda bekerja, maklumat kewangan, maklumat suami atau isteri tuan-tuan dan puan-puan. Tandakan juga objektif pelaburan anda.
|
LAMPIRAN
Yuran RM 10
Bagi sesetengah broker mereka juga mungkin meminta anda melampirkan salinan lesen memandu atau salinan penyata gaji untuk membuka akaun ini.
Apapun itu sahaja langkah-langkahnya. Akaun CDS boleh dibuka secara terus sekiranya ada pergi ke pejabat Broker yang berkaitan tetapi akaun Trading mengambil sedikit masa untuk diluluskan permohonnya. AKAUN CDS BERSTATUS SYARIAH Mengenai isu ini, akaun CDS hanyalah umpama tabung menyimpan duit. Dari mana kita mendapat duit itulah yang menentukan kedudukan halal atau haramnya. Dalam hal ini kedudukan syariah CDS anda adalah ditentukan dengan saham-saham yang anda beli. Kalau kita beli dan simpan saham syariah maka syariahlah CDS tersebut. Ia semudah itu. |
Salinan Kad Pengenalan yang jelas
|