KISAH KEROSAKAN RUMAH YANG MASIH DALAM PEMBINAAN
TITI GANTONG - Kecewa. Itu luahan pembeli rumah sebuah taman perumahan, di sini apabila kediaman melihat kesan keretakan dan kerosakan pada kediaman mereka walaupun belum siap sepenuhnya.
Keadaan rumah jenis Semi D dan rumah teres yang sedang dalam pembinaan itu menimbulkan tanda tanya sama ada ia selamat untuk diduduki ataupun tidak.
Seorang pembeli, Mohd Fairus Umar, 31, berkata, dia membeli rumah jenis Semi D dengan harga RM146,000 di kawasan berkenaan.
“Saya telah membayar wang pendahuluan sebanyak RM13,800 termasuk wang guaman serta telah membuat bayaran bulanan sebanyak RM250 sejak Disember tahun lalu kerana pinjaman baharu diluluskan separuh sahaja.
Menurutnya, masalah tanah mendap itu mula berlaku sejak pemasangan bahagian tetulang rumah apabila keadaannya dilihat tidak seperti rumah yang lain.
“Semasa mula-mula rumah itu dibina lebih kurang awal tahun lalu saya mula perasan ia bermasalah apabila bahagian tetulang tidak sama disebabkan keadaan tanah yang mendap.
“Sekarang rumah berkenaan sudah 80 peratus siap namun keadaannya agak mengecewakan kerana berlaku keretakan serius di beberapa bahagian rumah,” katanya.
Katanya, dia bertindak melaporkan perkara itu kepada pihak terlibat dan mereka mengatakan masalah itu akan diatasi.
“Namun apa yang menyedihkan saya ialah pembinaan rumah itu dibuat seperti biasa dan pihak berkenaan hanya menampal kerosakan yang berlaku.
“Sebagai pembeli saya mahukan sebuah rumah yang selamat untuk diduduki,” katanya.
Fadli Mokhtar, 30, pula berkata, sebagai pembeli rumah, dia mengharapkan rumah berkenaan dapat disiapkan dengan baik dan tidak mengalami kerosakan.
“Saya membeli rumah jenis Semi D dengan harga RM146,000 namun terkejut melihat keadaan rumah yang retak dan lantainya tidak rata.
“Apabila melihat keadaan ini hati saya menjadi gusar sama ada ia selamat untuk diduduki ataupun tidak kerana keretakan yang berlaku agak serius,” katanya.
Katanya, aduan juga telah dipanjangkan kepada beberapa pihak berkenaan supaya ia diambil tindakan sewajarnya.
“Jika keadaan rumah seumpama itu saya tidak pasti ia selamat untuk diduduki ataupun tidak kerana pastinya kita sebagai pembeli mengharapkan agar rumah yang didiami selamat,” katanya.
Seorang lagi pembeli, Noorul Hafidah Mohd Razali, 30, berkata, dia membeli rumah jenis teres dengan harga RM92,000 dan telah membayar wang pendahuluan serta duit peguam sebanyak RM6,745.
“Bayaran bulanan masih belum dibuat kerana saya menangguhkan dahulu pinjaman memandangkan keadaan rumah yang berlaku kerosakan.
“Walaupun rumah yang saya beli tidak begitu ketara kerosakannya namun saya bimbang masalah itu akan menjadi lebih buruk,” katanya.
Katanya, jaminan daripada pihak pemaju dan pihak berkaitan diperlukan bagi memastikan rumah itu selamat untuk diduduki.
“Kami sebagai pembeli semestinya mahukan jaminan bahawa rumah itu selamat untuk diduduki dan segala kerosakan yang berlaku perlu diperbaiki dan dipastikan tidak berulang.
“Pihak berkaitan harus mencari penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah ini kerana kami tidak mahu mengambil risiko keselamatan kami terancam jika keadaan rumah berkenaan tidak diperbaiki dengan betul,” katanya.
Jaminan kepada pembeli
Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bota/Lambor, Datuk Ismail Hasbullah berkata, masalah berkenaan sudah di dalam pengetahuan mereka sebagai pemilik tanah dan tindakan telah diambil bagai mengatasinya.
“Walaupun ia adalah tugas pemaju namun kita bekerjasama dengan mereka untuk mencari penyelesaian terhadap permasalahan ini termasuklah mewujudkan satu jawatankuasa khas.
“Jawatankuasa khas ini akan mengadakan mesyuarat setiap tujuh bulan sekali dan membincangkan serta melihat perkembangan projek berkenaan supaya berjalan lancar termasuklah membincangkan segala masalah yang berlaku,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Katanya, pembeli tidak perlu bimbang kerana segala masalah yang berlaku termasuklah masalah keretakan rumah dipercayai akibat tanah lembut akan diatasi.
“Kita tidak akan membiarkan perkara itu begitu sahaja kerana pemaju akan melakukan apa sahaja bagi memastikan masalah tanah lembut dan mengakibatkan rumah rosak akan dibaiki sehingga ia benar-benar selamat untuk diduduki.
“Memang kita telah menerima aduan mengenai perkara ini dan telah mengambil langkah sepatutnya. Pembeli rumah di kawasan ini juga melibatkan ahli PPK dan sudah pasti kebajikan setiap pembeli akan dijaga,” katanya.
Ismail berkata, pihaknya tidak akan membiarkan perkara itu begitu sahaja memandangkan projek itu masih belum selesai dan sijil layak menduduki (CF) juga masih belum diperoleh.
“Jika rumah berkenaan telah siap sekalipun kita akan melihat kembali keadaan rumah sama ada ia selamat untuk diduduki dan jika berlaku kerosakan kita akan memastikan ia dibaiki kembali dan menepati syarat yang ditetapkan untuk mendapatkan CF.
“Kita juga mempunyai simpanan wang dengan peguam sebanyak 5 peratus daripada harga rumah bagi tempoh dua tahun bagi tujuan jaminan rumah itu akan diperbaiki jika pihak pemaju tidak melakukan demikian setelah CF diperoleh,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/belum-siap-sudah-retak-1.258751